JUAL HARTANAH

Rumah Dah Lama Di Pasaran Tapi Masih Belum Terjual?

Sebenarnya, jual rumah bukan sekadar letak iklan,
tetapi perlukan strategi harga, pemasaran, tapisan pembeli dan pengurusan proses yang betul.

Di sini saya bantu anda ubah keadaan tersebut dengan pendekatan yang lebih tersusun, supaya rumah anda kembali mendapat perhatian pembeli yang serius.

3 Kesilapan Biasa Pemilik Rumah Bila Cuba Jual Sendiri

Letak Harga Ikut Rasa, Bukan Data Pasaran

Ramai owner tetapkan harga berdasarkan apa yang mereka harap, bukan berdasarkan transaksi sebenar di kawasan tersebut.

Ini menyebabkan rumah terlalu mahal atau kurang menarik minat pembeli.

Guna Gambar Yang Tidak Menarik

Ada phone mahal belum tentu dapat mengambil gambar yang cantik.

Akhirnya gambar gelap, tidak kemas atau diambil tanpa strategi yang membuatkan rumah nampak kurang menarik walaupun sebenarnya rumah tersebut cantik.

Tidak Faham Proses & Syarat Kelulusan Bank

Pembeli nampak berminat, terus mohon pembiayaan tanpa perbincangan yang jelas dan tapisan yang betul.

Akhirnya permohonan pembiayaan ditolak mengakibatkan transaksi tidak dapat diteruskan

9 Langkah Saya Bantu Anda Menjual Rumah Dari A hingga Z

Mudah, Teratur dan Profesional.
Daripada semakan harga sehingga urusan pindah milik selesai.

Semakan Dokumen Pemilikan.

Menyediakan senarai dokumen, memeriksa matlumat dan dokumen seperti geran, SPA, bil utiliti, cukai – cukai, penyata pinjaman dan dokumen berkaitan.

Semakan Harga Pasaran Dan Bank.

Menggunakan data pasaran dan penilaian bank untuk menetapkan harga jualan yang realistik dan kompetitif.

Sesi Fotografi Dan Videografi.

Menghasilkan gambar dan video berkualiti tinggi untuk meningkatkan nilai persembahan hartanah.

Pemasaran Profesional.

Mengiklankan hartanah di portal berbayar, media sosial dan rakan ejen untuk memaksimumkan pendedahan rumah anda.

Tapisan Pembeli Berkualiti.

Menapis pembeli yang benar-benar serius dan mempunyai kelayakan kewangan sebelum menetapkan sesi lawatan atau rundingan.

Mengurus Sesi Lawatan Pembeli.

Menjadualkan dan menyelia lawatan pembeli yang berminat untuk memastikan pengalaman viewing yang teratur dan profesional.

Menguruskan Pembiayaan Pembeli.

Menghubungkan pembeli dengan Mortgage Banker yang dipercayai bagi memastikan kelancaran proses permohonan pembiayaan.

Penyelarasan Urusan Guaman.

Menyelaras urusan jual beli antara penjual dan pembeli dengan peguam yang dipercayai bagi memastikan proses jual beli berjalan lancar.

Pemantauan Urusan Jual Beli Hingga Serahan Kunci.

Memantau proses jual beli sehingga urusan selesai dan rumah diserahkan kepada pemilik baharu.

Soalan Yang Selalu Ditanya Oleh Pemilik Rumah

Selangkah Lagi Untuk Menjual Hartanah Anda Dengan Yakin

Sama ada anda ingin mengetahui nilai pasaran atau bersedia untuk menjual, kami sedia membantu anda dari semakan harga sehingga urusan jualan selesai.

Reset password

Enter your email address and we will send you a link to change your password.

Powered by Estatik