LAYARI LAMAN SOSIAL IHYA RADZUAN DENGAN MENEKAN GAMBAR DIBAWAH.
Bukan Sekadar Jual Beli Rumah, Ini Tentang Masa Depan Yang Anda Sedang Bina.
Saya membantu anda dari awal hingga akhir transaksi dengan pendekatan yang telus, berstrategi dan berfokuskan hasil terbaik, agar anda dapat membuat keputusan hartanah dengan lebih mudah, yakin dan tenang.
150+
TRANSAKSI HARTANAH TELAH SELESAI
100%
RUNDINGAN JELAS DAN TELUS
8+
TAHUN PENGALAMAN DALAM BIDANG HARTANAH

“Pembelian hartanah bukan pembelian sementara, ia adalah pelaburan dan komitmen jangka panjang untuk masa depan anda dan keluarga”
Ihya Radzuan (REN31362)
PROFIL IHYA RADZUAN
Berpengalaman lebih 8 tahun dalam industri hartanah…
Tanah Status Bangunan 5683 sqft Sebelah UIAM Gombak Selangor
Tanah Status Bangunan 5683 sqft Sebelah UIAM Gombak Selangor ✅...
1.7 Ekar Tanah Pertanian Sungai Miang Pekan Pahang
1.7 EKAR TANAH PERTANIAN SUNGAI MIANG PEKAN PAHANG Tanah Pertanian...
Corner Lot Taman Laguna Park Pulau Indah
CORNER LOT Double Storey Laguna Park Pulau Indah DETAILS: –...
NON BUMI Taman Laguna Park Pulau Indah
NON BUMI Double Storey Terrace Laguna Park Pulau Indah Limited...
Saya Sedia Membantu Anda Dengan Perkhidmatan Yang Saya Sediakan.

Tetuan Izzati And Associates (IAA) Firma Guaman yang terletak di Klang menumpukan bidang hartanah dan pengurusan harta.


Takaful Life Planner (AIA) memberikan khidmat perancangan kewangan dan perlindungan takaful secara menyeluruh.
SOALAN LAZIM
Membeli atau menjual hartanah merupakan keputusan penting yang melibatkan pelbagai proses, dokumen dan pertimbangan kewangan. Oleh itu, ramai pelanggan mempunyai persoalan berkaitan kelayakan pinjaman, kos yang terlibat, proses jual beli serta dokumentasi yang diperlukan.
Kenapa nak jual rumah kena lantik ejen?
TIDAK WAJIB.
Pemilik rumah boleh menjual sendiri rumah yang dimilikinya.
Kenapa ramai pemilik rumah menggunakan khidmat ejen untuk menjualkan rumah adalah kerana ejen biasanya sudah memiliki pembeli sedia ada, memiliki rangkaian profesional dan platform pengiklanan percuma dan berbayar.
Berapa Harga Pasaran Rumah Saya?
Harga bergantung kepada lokasi, keluasan, keadaan rumah, transaksi terkini dan permintaan pasaran.
Semakan harga yang tepat dapat membantu mengelakkan rumah terlebih mahal atau terlalu murah.
Berapa Kos Yang Perlu Saya Tanggung Jika Menjual Rumah?
Selain harga jualan, pemilik perlu mengambil kira baki pinjaman bank, fi guaman, fi ejen hartanah, cukai keuntungan hartanah (RPGT) dan kos berkaitan lain.
Pengiraan awal membantu pemilik mengetahui anggaran keuntungan bersih yang bakal diterima.
Ejen berpengalaman atau Peguam Hartanah dapat membantu membuat kiraan ini.
Apa Dokumen Yang Perlu Disediakan Untuk Menjual Rumah?
Pemilik perlu menyediakan salinan kad pengenalan, perjanjian jual beli, geran atau hak milik, bil cukai taksiran, bil cukai tanah, penyata baki pinjaman bank dan dokumen berkaitan lain.
Penyediaan dokumen yang lengkap dapat membantu pihak ejen dan peguam untuk mengenalpasti proses yang terlibat dan dapat menguruskan proses jual beli dengan lebih baik.
Kelebihan sebagai pembeli rumah pertama.
Setiap pembeli rumah pertama layak memohon 100% pembiayaan perumahan dan pengecualian duti setem LHDN (terhad kepada rumah berharga bawah RM500,000 sahaja).
Kos pembelian rumah subsale (2nd hand).
Kos keseluruhan adalah harga rumah, peguam jual beli, peguam pembiayaan, takaful (MRTT / MLTT) dan jurunilai.
Secara umumnya, pembeli perlu menyediakan duit untuk deposit rumah dan peguam jual beli.
Manakala untuk peguam pembiayaan, takaful (MRTT) dan jurunilai kebiasaannya dapat dimasukkan ke dalam jumlah pembiayaan perumahan.
Situasi ini berubah mengikut profil pembeli dan status hartanah.
Berapa lama proses jual beli?
Proses jual beli hartanah subsale (2nd hand) adalah unik, jangka masa ini berbeza untuk setiap hartanah bergantung kepada pegangan, pemilikan, dokumentasi dan status hartanah tersebut.
Secara umumnya, 4 ke 8 bulan adalah jangkaan tempoh waktu yang biasa diguna pakai. Namun, ada juga hartanah yang mengambil masa yang lebih singkat (2,3 bulan) atau lebih panjang (8 bulan ke atas).
Betul ke loan rumah adalah Riba’?
BETUL.
Pandangan majoriti ulama dan badan fatwa di Malaysia ialah pinjaman perumahan konvensional yang mengenakan faedah (interest) termasuk dalam kategori riba yang diharamkan. Ini kerana terdapat lebihan bayaran yang dikenakan ke atas jumlah pinjaman berdasarkan tempoh masa.
Di Malaysia, institusi seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan Majlis Fatwa Kebangsaan secara umumnya mengiktiraf pembiayaan perumahan Islam sebagai alternatif yang patuh syariah berbanding pinjaman konvensional.
Pembiayaan rumah Islamik menggunakan kontrak Syariah seperti Tawarruq, Murabahah atau Musharakah Mutanaqisah, bukan pinjaman berfaedah secara langsung.







