PERKHIDMATAN SAYA

Saya Bantu Mudahkan Urusan Hartanah Anda

Membantu anda mengurus urusan jual beli, sewaan dan pembiayaan hartanah dengan lebih mudah, telus dan teratur.

Daripada semakan kelayakan sehingga urusan selesai, saya sedia membimbing anda di setiap langkah untuk memastikan proses hartanah anda berjalan lancar dan yakin.

Jual Hartanah

Membantu pemilik menjual hartanah dengan strategi pemasaran yang berkesan, penilaian harga yang sesuai dan pengurusan urusan jual beli secara profesional bagi mendapatkan pembeli yang tepat serta mempercepatkan proses transaksi.

Beli Hartanah

Membantu anda membeli hartanah dengan lebih yakin melalui semakan kelayakan pembiayaan, pemilihan hartanah yang sesuai, penerangan kos pembelian dan panduan lengkap dari proses tempahan sehingga penyerahan kunci.

Sewa / Sewakan Hartanah

Membantu penyewa mendapatkan hartanah yang sesuai dan membantu pemilik mencari penyewa yang berpotensi melalui proses yang lebih mudah, selamat dan teratur, termasuk pengurusan dokumen serta urusan sewaan secara profesional.

Periksa Kelayakan Pembiayaan

Membantu anda menyemak kelayakan pembiayaan perumahan berdasarkan pendapatan, komitmen dan rekod kredit bagi mengetahui anggaran pinjaman yang layak, sekaligus memudahkan perancangan pembelian hartanah dengan lebih teratur dan realistik.

Reset password

Enter your email address and we will send you a link to change your password.

Powered by Estatik