LAYARI LAMAN SOSIAL IHYA RADZUAN DENGAN MENEKAN GAMBAR DIBAWAH.
BELI HARTANAH

Jangan Beli Rumah Sebelum Anda Tahu 6 Perkara Ini!
Membeli rumah adalah salah satu keputusan kewangan terbesar dalam hidup.
Ramai pembeli terlalu fokus kepada harga, reka bentuk atau lokasi, sehingga terlepas pandang perkara penting yang boleh memberi kesan kepada kewangan dan proses pemilikan pada masa hadapan.
6 Kesilapan Biasa Pembeli Rumah
Membeli Melebihi Kemampuan
Ramai pembeli terlalu fokus untuk memiliki rumah yang lebih besar dan selesa sehingga mengabaikan kemampuan kewangan sebenar.
Akibatnya, ansuran bulanan menjadi terlalu tinggi dan memberi tekanan kepada aliran tunai serta komitmen lain.
Hanya Fokus Pada Harga Rumah
Ramai pembeli terlalu tertumpu mencari rumah yang harga jualannya murah.
Sehingga terlupa untuk menilai keadaan sebenar rumah dan mengambil kira kos yang perlu dikeluarkan sebelum dan selepas pembelian.
Membeli Rumah Tanpa Dana Kecemasan
Ramai pembeli menggunakan hampir keseluruhan simpanan untuk deposit, kos pembelian dan pengubahsuaian rumah sehingga tiada baki simpanan untuk menghadapi perkara yang tidak dijangka.
Tidak Menyemak Status dan Sekatan Hartanah
Memahami status dan sekatan hartanah sebelum membeli dapat membantu anda membuat keputusan yang lebih tepat, mengelakkan kelewatan proses pindah milik dan mengurangkan risiko masalah di kemudian hari.
Tidak Mengkaji Lokasi dan Potensi Kawasan
Anda boleh mengubah suai rumah, tetapi anda tidak boleh mengubah lokasinya.
Lokasi yang baik bukan sahaja memberi keselesaan untuk didiami, malah berpotensi meningkatkan nilai hartanah
Membayar Booking Kepada Pihak Yang Tidak Sah
Terburu-buru membuat bayaran tempahan tanpa memeriksa siapa yang menerima wang tersebut.
Pastikan anda mengesahkan dahulu bahawa pihak yang menguruskan transaksi mempunyai kuasa untuk menerima bayaran tersebut.
6 Perkara Yang Pembeli Patut Tahu Sebelum Membeli Rumah
Semak Kelayakan Pembiayaan Anda Sebelum Cari Rumah.
Ramai pembeli hanya membuat anggaran sendiri tanpa semakan awal, menyebabkan rumah yang dipilih di luar kelayakan seterusnya gagal mendapatkan pembiayaan.
Lokasi dan Kemudahan Sekitar
Lokasi yang baik akan memberi kesan besar kepada keselesaan hidup harian serta nilai hartanah pada masa hadapan.
“Rumah boleh diubah suai, tetapi lokasi tidak boleh diubah“
Matlumat Lengkap Hartanah
penting untuk mengelakkan sebarang risiko atau kejutan selepas pembelian.
Dengan maklumat yang lengkap, anda boleh membuat keputusan dengan lebih yakin, tepat dan mengelakkan risiko tersembunyi yang boleh menjejaskan pelaburan anda.
Kos Pembelian Selain Harga Rumah
Terdapat beberapa kos tambahan yang perlu disediakan sebelum dan selepas pembelian.
Memahami kos yang terlibat lebih awal membantu anda merancang kewangan dengan lebih baik supaya pembelian rumah tidak melebihi bajet sebenar anda.
Keseluruhan Proses Pembelian Rumah
Jual Beli hartanah melibatkan beberapa peringkat penting yang perlu difahami dari awal hingga selesai.
Dengan memahami keseluruhan proses, anda boleh merancang dengan lebih baik, mengelakkan kekeliruan, dan memastikan pembelian rumah berjalan lancar dari awal hingga akhir.
Keperluan Selepas Transaksi Jualan Selesai
Beberapa perkara penting yang perlu diberi perhatian oleh penjual dan pembeli.
Langkah ini penting untuk memastikan tiada isu tertunggak selepas transaksi dan kedua-dua pihak berada dalam keadaan jelas serta selamat dari segi undang-undang dan kewangan.
Beli Rumah Dengan Strategi, Bukan Sekadar Emosi.
Saya bantu anda membuat semakan kelayakan, mencari hartanah yang sesuai dan membimbing anda daripada A hingga Z sehingga serahan kunci.

