Kos Sebenar Beli Rumah Subsale Yang Ramai Terlepas Pandang

Ramai pembeli rumah pertama hanya fokus pada harga rumah, tetapi terlepas kos sebenar seperti lawyer, stamping dan yuran lain. Fahami sebelum buat keputusan beli rumah subsale di Selangor.

“Kata Full Loan, kenapa saya kena keluar duit lagi?”

Selepas proses bermula, mereka terkejut apabila kos sebenar jadi lebih tinggi daripada jangkaan. Ini menyebabkan ramai pembeli terpaksa tangguh pembelian atau mengalami masalah kewangan di tengah jalan. Hakikatnya, deposit rumah bukan satu-satunya kos dalam pembelian hartanah subsale.

Dalam pembelian rumah subsale di Selangor, terdapat beberapa kos utama:

Deposit Rumah (10%)

Penjual berhak menetapkan keperluan untuk meminta deposit rumah berjumlah 10% daripada harga jualan hartanah.

Ini adalah bayaran awal kepada penjual sebagai tanda komitment pembeli dan adalah sebahagian daripada harga jualan.

Kos Guaman

Kos ini melibatkan Perjanjian Jual Beli (SPA) dan Perjanjian pinjaman bank

Kos guaman bergantung kepada harga jual beli hartanah dengan kadar yang ditetapkan oleh undang-undang.

Yuran Penilaian

Sekiranya pembeli menggunakan loan atau pembiayaan, Bank akan melantik penilai (Valuer) untuk semak nilai hartanah sebelum meluluskan pembiayaan.

Penilai akan datang site visit selepas proses jual beli Berjalan.

Takaful (MRTT)

Pembelian hartanah yang menggunakan pembiayaan akan diwajibkan untuk mengambil takaful sebagai perlindungan yang melindungi peminjam.

Terdapat 2 jenis takaful yang biasanya digunakan untuk pembelian hartanah.
MRTT (bayaran secara lumsum), MLTT (bayaran secara bulanan).

Duti Setem

Duti setem dikenakan oleh LHDN kepada pembeli rumah kedua atau hartanah yang tidak termasuk dalam kategori pengecualian untuk kedua – dua perjanjian jual beli dan pembiayaan.

Ia dikira berdasarkan harga rumah atau nilai pasaran, yang mana lebih tinggi.

Anggaran Realistik Kos Pembelian Hartanah Subsale

Untuk rumah subsale RM300,000 – RM500,000 di Selangor:
Deposit: ±10 (jika tiada perbincangan lain)
Kos guaman & stamping: ±3% – 5% (bergantung kepada bank & situasi)
Kos lain: ±5% (bergantung kepada bank & situasi)
Jumlah keseluruhan boleh jadi lebih tinggi daripada jangkaan jika tidak dirancang awal.

FAQ

1. Selain deposit, apa kos paling besar?
Biasanya kos guaman dan duti setem.

2. Boleh ke kos ni masuk dalam loan?
Sebahagian kos boleh dimasukkan dalam pembiayaan bergantung kepada bank dan situasi.

3. Kenapa kos rumah subsale lebih tinggi dari rumah baru?
Kerana melibatkan banyak proses undang-undang dan pemindahan hak milik. Rumah baru pula pemaju sudah “Include” semua kos ini dalam harga jualan.

Sebelum Bertindak

Dapatkan pandangan dan semakan awal daripada Ihya Radzuan, ejen hartanah pilihan ramai di Pulau Indah, Port Klang dan Selangor di 013-9390723.

Saya boleh bantu semak kelayakan, kira kos sebenar pembelian, serta bantu urusan dengan banker dan peguam supaya anda tidak tersilap langkah.

Rujukan
Bank Negara Malaysia (BNM) – Home Financing
https://www.bnm.gov.my/financial-consumers/home-financing
LHDN – Duti Setem
https://stamps.hasil.gov.my/stamps/
JPPH / NAPIC Malaysia
https://napic.jpph.gov.my/portal

Reset password

Enter your email address and we will send you a link to change your password.

Powered by Estatik