Harga Rumah Yang Anda Mampu Beli Dengan Gaji RM3,500–RM5,000.

Berapa Kelayakan Beli Rumah Dengan Gaji RM3,500 ke RM5,000?

Ramai pembeli rumah pertama tidak pasti berapa harga rumah yang mereka mampu beli. Fahami cara bank kira kelayakan pinjaman dan elakkan kesilapan sebelum beli rumah subsale di Selangor.

“Saya dah jumpa rumah, tapi bank tak luluskan pinjaman…”

Ramai pembeli rumah pertama di kawasan seperti Port Klang, Pandamaran, Pulau Indah dan Bandar Botanic bermula dengan situasi yang sama. Mereka sudah jumpa rumah berharga RM300,000 hingga RM500,000, dah bayar booking, dah berangan nak pindah… tapi akhirnya pinjaman bank tidak lulus atau lulus kurang daripada jangkaan. Masalah ini bukan berlaku kerana gaji rendah semata-mata, tetapi kerana pembeli tidak memahami cara bank menilai kelayakan sebenar.

“Bank tidak tengok gaji sahaja”

Ramai orang sangka kalau gaji RM3,500 ke RM5,000, mereka automatik layak beli rumah RM400,000.
Hakikatnya, bank akan melihat beberapa perkara utama:

1. Debt Service Ratio (DSR)
DSR ialah nisbah hutang bulanan berbanding pendapatan.
Jika komitmen terlalu tinggi (kereta, personal loan, kad kredit), kelayakan rumah akan berkurang walaupun gaji tinggi.

2. CCRIS & Rekod Bayaran
Bank akan semak rekod bayaran anda:
Ada tunggakan?
Bayar lambat?
Ada hutang aktif?
Rekod ini sangat mempengaruhi keputusan lulus atau tidak.

3. Komitmen Sedia Ada
Contoh:
Loan kereta RM800
Kad kredit RM500
Personal loan RM600
Semua ini akan ditolak daripada kelayakan rumah anda.

Jadi Berapa Harga Rumah Yang Realistik?
Secara umum, anggaran yang biasa bank luluskan dengan gaji RM3,500 ke RM5,000 ialah RM300,000 – RM500,000 (bergantung komitmen).

Kelayalan lebih tinggi jika hutang lain rendah, Kelayakan lebih rendah jika DSR sudah tinggi.
Sebab itu ada orang bergaji RM5,000 pun hanya layak RM350,000, manakala ada yang RM3,500 boleh dapat RM450,000 jika rekod kewangan cantik.

Kesilapan Paling Ramai Pembeli Rumah Pertama Antaranya:
– Cari rumah dulu, baru semak loan.
– Tidak semak CCRIS awal.
– Tidak kira kos lain seperti lawyer & stamping.
– Overcommit pada kereta sebelum beli rumah.
Akibatnya, proses beli rumah jadi lambat atau gagal di tengah jalan.

Cara Lebih Selamat Sebelum Beli Rumah
– Semak kelayakan pinjaman dahulu
– Semak CCRIS
– Kira DSR sebenar
– Baru pilih rumah ikut bajet yang realistik
Ini akan elakkan anda daripada kecewa selepas jumpa rumah yang anda suka.

FAQ
1. Perlu gaji berapa untuk beli rumah RM400,000?
Bergantung pada komitmen, biasanya sekitar RM3,500 ke atas dengan rekod kewangan cantik.

2. Boleh beli rumah jika ada loan kereta?
Boleh, tetapi kelayakan akan berkurang bergantung pada jumlah komitmen.

3. Kenapa ada bank tidak lulus, bank lain lulus?
Setiap bank ada formula DSR dan polisi risiko yang berbeza. Jadi pentingnya memilih bank yang betul berpandukan profil pembeli.

Setiap hartanah mempunyai situasi yang berbeza.
Dapatkan pandangan dan semakan awal kelayakan daripada Ihya Radzuan, ejen hartanah pilihan ramai di Pulau Indah, Port Klang dan Selangor.

Rujukan:
Bank Negara Malaysia (BNM) – Home Financing Guidelines
https://www.bnm.gov.my/financial-consumers/home-financing
Jabatan Perumahan & Hartanah (JPPH / NAPIC)
https://napic.jpph.gov.my/portal

Reset password

Enter your email address and we will send you a link to change your password.

Powered by Estatik