LAYARI LAMAN SOSIAL IHYA RADZUAN DENGAN MENEKAN GAMBAR DIBAWAH.
Kesilapan Penjual Hartanah

Ingin menjual rumah? Fahami faktor yang mempengaruhi nilai hartanah anda supaya dapat menetapkan harga yang lebih realistik dan menarik minat pembeli.
Dengar Cakap – Cakap Jiran
Ramai pemilik rumah menetapkan harga berdasarkan apa yang mereka lihat di portal hartanah atau dengar – dengar daripada jiran. Namun, harga iklan tidak semestinya sama dengan harga transaksi sebenar. Sebagai contoh, dua rumah yang berada dalam taman yang sama mungkin mempunyai nilai yang berbeza. Faktor seperti keadaan rumah, keluasan tanah, renovasi, lokasi lot dan permintaan semasa boleh mempengaruhi harga pasaran.
Kesilapan Yang Ramai Penjual Lakukan
Kesilapan paling biasa ialah meletakkan harga terlalu tinggi. Apabila harga jauh melebihi pasaran, jumlah pertanyaan daripada pembeli akan berkurang dan rumah mungkin mengambil masa yang lebih lama untuk dijual. Sebaliknya, ada juga penjual yang mahu menjual dengan cepat lalu menetapkan harga terlalu rendah. Ini boleh menyebabkan kerugian puluhan ribu ringgit tanpa disedari.
Apa Yang Mempengaruhi Harga Rumah?
Antara faktor utama ialah:
– Lokasi dan kemudahan sekitar
– Saiz tanah dan binaan
– Keadaan rumah
– Permintaan pasaran semasa
– Transaksi hartanah berhampiran
Sebab itu semakan harga pasaran perlu dibuat berdasarkan data semasa dan bukan sekadar harga iklan.
Mengapa Semakan Harga Pasaran Penting?
Harga yang tepat membantu:
– Menarik lebih ramai pembeli
– Mengurangkan tempoh jualan
– Memudahkan urusan pinjaman pembeli
– Mengelakkan kerugian kepada pemilik
Dengan strategi pemasaran yang betul, rumah boleh dipasarkan kepada kumpulan pembeli yang lebih sesuai dan berpotensi.
Setiap hartanah mempunyai situasi yang berbeza.
Saya boleh membantu anda membuat semakan harga pasaran secara percuma sebelum anda membuat keputusan untuk menjual rumah atau tanah.




